Followers

selagi cinta dan kasih nye kuat untuk ku... selagi tu cinta bertahan.. selagi cintanya seteguh untuk ku.. selagi itu teguh cinta ini ku pertahankan.... walaupun depan ku banyak ranjau dan duri.. demi cinta dan kasih nye.. cinta ku tetap kuat..

Everyone wants happiness .. not pain. but we cannot get a rainbow without a little rain. be strong laili..

Wednesday, October 26, 2011

SERI BAHAGIA.... ... RM35 termasuk pos





Pengasas SERI BAHAGIA ialah Ustaz Omar Bin Sulaiman
(Penceramah / Pendakwah Bebas )

Kebaikan :
Mengecutkan Peranakan dan Kembali dara
Menambah nafsu hubungan kelamin
Menetapkan kedudukan rahim
Menaikkan wajah/seri muka
Memperbetulkan perjalanan angin
Senggugut
Keputihan
Menghilangkan bisa bisa badan, sakit tumit, sakit lutut
Menambah kecergasan
Buasir

RM35 TERMASUK POS ....


Kandungan :
Serapat
Daun Tutup Bumi
Habatu Sauda
Akar Semalu
Kacip Fatimah

Cara Pengambilan:
Untuk wanita yang tidak mempunyai masalah hanya perlu mengambilnya satu kapsul sehari. Jika masalah kronik disyorkan dua kapsul sehari pagi dan malam. Selain itu herba Seri Bahagia ini juga tidak boleh dilangkah. Bagi wanita yang menghadapi masalah hamil juga boleh mengamalkannya. Ada yang telah sembilan tahun tidak mempunyai cahayamata, apabila mengambil herba Seri Bahagia terus mengandung ( Insya’allah dengan izinnya ). Namun demikian herba ini tidak boleh diambil selama tempoh kehamilan.

Kandungan utama Herba Seri Bahagia ialah habbatus sauda. Hampir semua jamu ataupun ubatan tradisional yang berkaitan dengan menguatkan tenaga batin dan mengetatkan untuk wanita mengandungi Nigella Sativa. Habbatus sauda boleh membantu dan menguatkan fungsi-fungsi kelenjar tiroid, mengawal lemak berlebihan dan mengatasi masaalah kegemukkan serta menegangkan kulit muka. Ia juga merupakan ubat paling mujarab dan berkesan untuk mereka yang ingin kelihatan awet muda.

Bagi yang mengalami masalah keputihan berlebihan dan luarbiasa ,kemudian ditambah pula bau kurang menyenangkan juga boleh mengamalkan Herba Seri Bahagia ini. Kesannya boleh dilihat dengan serta-merta selepas mengamalkannya selama seminggu. Insya Allah. Selain itu ,ia juga boleh menyembuhkan luka yang tersumbat pada saluran tiub fallopio atau kilang ovari.Dengan ini dipercayai amalan keatas herba ini boleh membantu masalah kesukaran mendapatkan cahayamata. Sebagai wanita, banyak penyakit yang berkaitan dengan kesuburan dimana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan.Ini kerana rahim yang subur boleh menghalang semua penyakit seperti keputihan,senggugut ,haid tidak teratur,lemah tenaga batin dan hilang keanjalan.

Antaranya keputihan ,otot sekitar faraj longgar, bau yang kurang enak dan rahim jatuh, semua mempunyai kaitan dengan kesuburan rahim. Dengan adanya rahim ,wanita ada haid kemudian hormon akan dikeluarkan bagi membolehkan badan melawan penyakit ,awet muda dan banyak lagi.

Selain itu, amalan keatas Herba ini boleh mengatasi masalah kelesuan atau penat serta mengembalikan tenaga biarpun anda kurang tidur atau mengalami tekanan/ stress. Amalan Herba ini juga mampu membantu wajah muda berseri, tubuh yang lebih sihat dan cergas.

Amalan Herba ini bukan sekadar untuk yang sudah bersalin, berkahwin malah ianya baik untuk semua wanita pelbagai peringkat usia. Jika dimulakan amalan ini sedari anak dara, ianya merupakan 'bonus' dalaman untuk tubuh badan..Insya Allah..

Cara Pengambilan:
Dimakan - 1 atau 2 biji sehari.
Perempuan haid & hamil tak boleh makan.
Sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan Selawat ( 3 x )

Sunday, October 2, 2011

andainya Lelaki Tahu




Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.  
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda...
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.  
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.  
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.  
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda...
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.  
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.  
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.  
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...